Laman

Tuesday, 17 January 2012

Sambal garing petai, tempe & ikan masin

Dari RM12. Ada juga pilihan sambal garing peria tempe & sambal garing ikan masin!

Sambal Garing Petai adalah dihasilkan dari petai segar. Petai ini dibuang tepi dan dihiris nipis-nipis. Kemudian petai ini digoreng garing (sama seperti sambal garing ikan masin) VARIASI : Sambal Garing Petai boleh dimakan dengan nasi panas atau pun bubur nasi. Juga boleh dipelbagaikan dalam kuih Melayu seperti karipap petai ataupun kuih cara petai dan boleh ditambah dengan sambal garing yang lain-lain.

Sambal Garing Peria Tempe terdiri dari Peria Katak yang dibasuh terlebih dahulu kemudian dibelah dan dibuang biji. Selepas itu peria katak akan dihiris nipis-nipis dan direndam dalam air garam. Setelah direndam dalam sejam barulah dibasuh dan toskan. Kemudian digoreng rangup dan disejukkan. Manakala tempe pula dibelah dan dihiris nipis-nipis dan kemudian digoreng garing (sama seperti sambal garing ikan masin).

Isi kandungan : 100 Gram
Sambal Garing Ikan Masin adalah dihasilkan dari ikan masin Gelama Belah dan didadukan kecil-kecil selepas itu ia digoreng garing. Kemudian ia disalutkan dengan sambal yang telah dimasakkan terlebih dahulu. Sambal ini adalah dari ramuan bawang dan cili merah yang telah dimasak dengan api kecil sehingga garing. Proses untuk menggaringkan sambal ini memakan masa yang lama bergantung kepada kuantitinya.

Kuantiti: 100 gram

12 comments:

teratai said...

sukalah sambal petai tu!

farz zull said...

hehe, makan panas2 memang perghhh!

MAMA AINUL said...

ini beli secara pukal ea?

farz zull said...

@farahin: nak beli satu boleh, pukal/borong pun boleh...campur2 pun xdak masalah...;)

amal said...

suka gilaa tempe !

fieda said...

petai garing wat air liur saya cair la..

farz zull said...

@amal: saya pun 'hantu' tempe...:)

@fieda: ada ke air liur beku, hehe...ni makan saja macam kerepek pun boleh

Juadah said...

uih.. produk baru nih. Jarang jumpa org komersil kan petai. mesti kecur liur dibuatnya :-)

farz zull said...

@juadah: kan kan, nak makan on the spot pun blehh...hehe

♥♫♥ZaiKuLiM♥♫♥ said...

zai pun suka petai..

@KU M@NUS!@ B!@S@ said...

Yatt suka giler tempe...

Sari said...

sedapnya tempe..feveret tu..slurpp