Produk Sambarunding harus cuba
Sambarunding adalah produk terbaru dari Hub Usahawan Online dan ia merupakan produk makanan yang begitu unik dan menarik sekali kerana inilah pertama kali anda dapat melihat sambal dan serunding dalam versi yang berbeza.
Sambarunding ini dihasilkan oleh usahawan wanita yang begitu bersemangat tinggi dan berjiwa kental iaitu Puan Sharon Aldila dimana kisah dan pendedahan eksklusif mengenai Sambarunding telahpun dipaparkan kepada orang ramai menerusi segmen Kerja Dari Rumah dalam program Apa Kata Wanita di TV1 pada 22 Januari 2012 yang lalu.Pada masa yang sama, kisah kehidupan beliau juga telah dipaparkan dalam segmen The Breakfast Show di NTV7 beberapa minggu lalu.
Sambarunding kini sudahpun berada dalam Hub Usahawan Online dan ketika ini terdapat TIGA jenis sambal dan serunding Sambarunding yang anda boleh miliki sekarang iaitu
A. Sambal Garing Ikan Masin (TERLARIS)
Sambal Garing Ikan Masin adalah dihasilkan dari ikan masin Gelama Belah dan didadukan kecil-kecil selepas itu ia digoreng garing. Kemudian ia disalutkan dengan sambal yang telah dimasakkan terlebih dahulu. Sambal ini adalah dari ramuan bawang dan cili merah yang telah dimasak dengan api kecil sehingga garing. Proses untuk menggaringkan sambal ini memakan masa yang lama bergantung kepada kuantitinya.
B. Sambal Garing Peria Tempe
Sambal Garing Peria Tempe terdiri dari Peria Katak yang dibasuh terlebih dahulu kemudian dibelah dan dibuang biji. Selepas itu peria katak akan dihiris nipis-nipis dan direndam dalam air garam. Setelah direndam dalam sejam barulah dibasuh dan toskan. Kemudian digoreng rangup dan disejukkan. Manakala tempe pula dibelah dan dihiris nipis-nipis dan kemudian digoreng garing (sama seperti sambal garing ikan masin).
C. Sambal Petai Garing
Sambal Garing Petai adalah dihasilkan dari petai segar. Petai ini dibuang tepi dan dihiris nipis-nipis. Kemudian petai ini digoreng garing (sama seperti sambal garing ikan masin) VARIASI : Sambal Garing Petai boleh dimakan dengan nasi panas atau pun bubur nasi. Juga boleh dipelbagaikan dalam kuih Melayu seperti karipap petai ataupun kuih cara petai dan boleh ditambah dengan sambal garing yang lain-lain.
Harga sepaket cuma RM 12.00, beli lain-lain produk, lebih banyak lebih jimat. Berminat? Boleh SMS saya di talian 013-4320309 atau emelkan ke far_gurl7@yahoo.com. Lagi gambar, maklumat dan penerangan pelbagai produk di facebook.com/freshiebelek
No comments:
Post a Comment