Laman

Saturday 4 February 2012

Muqaddam Bergambar Khas Buat Si Manja

Bismillah wa Alhamdulillah. Sudah mendapat izin sifu Khadeejah Hasmad untuk publish dan kongsi sedikit sebanyak entri beliau DI SINI sekaligus sama-sama mempromosikan kepada semua mengenai kebaikan Muqaddam Bergambar.

Umum tahu bahawa kanak-kanak mudah tertarik kepada objek yang berwarna terang, kartun comel dan warna-warni. Ia menggambarkan sifat ceria kanak-kanak yang tak perlu risaukan apa- apa ;)
Justeru, alhamdulillah, Pustaka Darul Iman mengambil kira tentang hal ini, dan mula menghasilkan Muqaddam Bergambar.

Muqaddam Bergambar ni tiada pelajaran alif ba ta. Ia sama sekali tidak menggantikan peranan iqra’.
Muqaddam Bergambar ni mengandungi 30 surah juzuk amma. Dari surah An- Naba’ hingga surah An- Nas. Dan ada juga surah Al-Fatihah. Muqaddam ni penuh warna, gambar kartun pun comel-comel.

Habis tu, apa significant buat Muqaddam kalau tak da alif ba ta?
Muqaddam Bergambar ni berfungsi sebagai motivasi anak untuk speed up belajar Iqra’. Kalau anak anda macam bosan asyik kena mengadap iqra’ setiap kali maghrib, cuba satu hari sua kan Muqaddam Bergambar kat dia.Insya-Allah anak pasti suka :D

Dan bila anak suka, cuba jadikan Muqaddam Bergambar ni sebagai motivasi anak belajar iqra’. Kira macam reward lah. “Kalau Amin dapat habiskan Iqra’ 1 bulan ni, Ummi akan ajar dan bacakan surah Al -Ikhlas dalam Muqaddam ni.” Insya-Allah anak pasti teruja nak habiskan iqra’. Mesti hari2 dok usha surah Al -Ikhlas yang penuh warna ;)



Nanti pulak, kalau anda nak ajar baca surah Al-Ikhlas,ajar lah word by word. Sekadar bacakan buat anak sebagai hadiah dapat habis Iqra’ 1. Atau jadikan kartun kat mukasurat tu sebagai karakter yang kelakar. Buat suara itik ke untuk menambah minat anak :P


Jadikan mengaji suatu aktiviti yang menyeronokkan agar anak suka dan cinta pada kalam Allah sejak kecil.
Berminat untuk dapatkan satu? SMS saya di 0134320309, atau PM Farzana Zulkifli di Facebook ;)


P/S: Setiap belian Muqaddam Bergambar akan disertakan dengan PERCUMA Audio CD Bacaan Juz Amma – boleh pasang dalam kereta sambil on the way hantar anak ke rumah pengasuh atau taska atau tadika :) ). Tak terhad kepada ibu bapa, mungkin juga boleh dijadikan bahan pembelajaran islamik yang menarik buat adik-adik anda atau anak saudara atau kanak-kanak kecil. Dapatkan segera! Permintaan laris, stok cepat habis!

No comments: